3 October 2012

Mesyuarat Agung 2012

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung tahunan Masjid Batu 10 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 30 september yang lalu.


Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 malam ini dipengerusikan oleh Timbalan Nazir Masjid Batu 10 iaitu Sdr. Shariff Bin Mohd Din. Seterusnya disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Kadi Kajang.


Turut hadir adalah Penghulu Mukim Cheras, Ketua Kampung Batu 10 dan Ketua Kampung Melaka, yang mengikuti setiap pembentangan dan perbahasan mesyuarat dari awal hingga akhir.


Pihak masjid mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua jemaah ahli qaryah yang menjayakan mesyuarat agung kali ini.. Mesyuarat ini selesai pada pukul 10.25 malam.

No comments:

Post a Comment