29 January 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya diadakan pada 20 Januari 2013 yang lepas. Alhamdulillah, sambutan yang diterima di luar jangkaan pihak penganjur.

Penganjur mensasarkan maksimum 150 penyertaan, namun pada akhirnya terpaksa membuka penyertaan sehingga 230 orang bagi tidak mengecewakan jemaah yang hadir.

Tn Hj Razaly Hassan, selaku Nazir Masjid batu 10 telah merasmikan program setengah hari ini.

Yang berusaha, Sdr. Zulkarnain selaku pengarah program mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyertai kursus ini, begitu juga semua AJK yang terlibat membantu menjayakannya.


Ybhg. Ust Mohd Margni  Wasim, yang bertugas sebagai Pegawai Agama JAWI telah memberi panduan dan tunjukajar secara teori dan praktikal dalam kursus setengah hari itu.





Retreat Pengurusan AJK

Pengurusan AJK Masjid Batu 10 bersama JKK Kampung Batu 10 telah mengadakan retreat pengurusan pada 5-6 Januari 2013 yang lepas. Program ini diadakan bagi merangka misi dan visi serta halatuju atau master plan Masjid Batu 10 bagi tempoh 2 tahun akan datang.

Program selama 2 hari ini, telah dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat

 Sepanjang kursus, Dr. Supyan Hussain, selaku moderator banyak membantu dalam merangka halatuju dan pengisian program bagi tempoh 2 tahun akan datang.

 Walaupun jadual program agak padat, namun pihak penganjur tidak melupakan pengisian jasmani. Paling menarik ialah BBQ yang disediakan oleh Sdr. Sayothi..

12 January 2013

Lawatan Ke Masjid As-Salam Puchong Perdana

Pada tanggal 1 Januari 2013, Rombongan AJK Masjid Qariah Kg Batu 10 Cheras dan JKKK telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Masjid As-Salam Puchong Perdana. Rombongan lawatan yang diketuai oleh Tn Hj Razaly bin Hassan selaku Nazir masjid Qariah Kg Batu 10 telah dibawa melihat kemudahan dan prasarana yang ada di Masjid As-Salam.
 
Tuan Hj Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menyampaikan taklimat yang komprehensif kepada semua anggota rombongan di bilik mesyuarat. Taklimat telah dimulakan dengan Tayangan video korporat dan video aktiviti di Masjid As-Salam.