Aktiviti

Ibadah Qurban

Assalamualaikum wbt.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,



Anda semua dijemput untuk sama-sama menyertai ibadah Qurban 1433H anjuran Masjid Batu 10 Cheras.

1 BAHAGIAN - RM 380.00 (Lembu)

Untuk pendaftaran penyertaan sila download borang di bawah dan hantarkan/email kepada : masjidbt10cheras@gmail.com atau hubungi mana-mana AJK Masjid.


Mesyuarat Agung Tahunan

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung tahunan Masjid Batu 10 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 30 september yang lalu.


Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 malam ini dipengerusikan oleh Timbalan Nazir Masjid Batu 10 iaitu Sdr. Shariff Bin Mohd Din. Seterusnya disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Kadi Kajang.


Turut hadir adalah Penghulu Mukim Cheras, Ketua Kampung Batu 10 dan Ketua Kampung Melaka, yang mengikuti setiap pembentangan dan perbahasan mesyuarat dari awal hingga akhir.


Pihak masjid mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua jemaah ahli qaryah yang menjayakan mesyuarat agung kali ini.. Mesyuarat ini selesai pada pukul 10.25 malam.


Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri - 17 Sptember 2012


Alhamdulillah, persiapan awal berjalan lancar


YB Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen hulu Langat) 
Memulakan Bicara

Antara VIP yang Hadir :  YB ADUN Kajang, Cikgu Lee, Tok Penghulu Mukim Cheras,
Nazir Masjid Batu 10 dan Ketua kampung Melaka. (dalam gambar)

 
Tidak Ketinggalan Muslimin ahli qaryah Batu 10

Muslimat juga tidak ketinggalan


Antara Shoff AJK yang menjayakan majlis ini. Jazakallah Khairan





No comments:

Post a Comment