14 December 2012

Pertandingan Fustal Piala Ahli Majlis MPKj Zon11

 

Pertandingan Futsal piala Ahli Majlis MPKj Zon 11 telah diadakan pada 9 Disember 2012 yang lepas. 

Team Futsal Masjid Bt10 tidak ketinggalan menyertainya. Selepas diundi, team futsal masjid berada di dalam kumpulan F, bersama pasukan forza fc, tebu fc dan terompah fc.
Namun, ternyata team futsal yang lain dalam kumpulan F tidak begitu mudah untuk ditumpaskan.
Berikut adalah Keputusan tersebut :
Team Masjid Vs Forza FC (0-1)
Team Masjid Vs Terompah Merah FC (0-1)
Team Masjid Vs Tebu FC (1-0)
Team Futsal Masjid terpaksa akur dengan keputusan itu. Walaubagaimanapun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pemain sangat memberangsangkan. In Sya Allah akan dipertingkatkan di masa-masa akan datang.