12 October 2012

Bicara Survival Ummah

Biro Pemuda Masjid Batu 10, Cheras telah berjaya mengadakan Program Bicara ini pada 10/10/2012 (Rabu) yang lalu. Majlis ini pada asalnya dirancang diadakan di padang Fasa 1, Taman Kota Cheras, Namun Manusia merancang tapi Allah menentukan. Hujan Lebat telah turun pada malam tersebut yang menyebabkan majlis terpaksa dipindahkan ke Dewan Solat Masjid Batu 10, Cheras.

Tiga panelis jemputan,  iaitu Dr. Raja Iskandar Al-Hiss, Ust. Fakrurrazi dan Sdr. Hairie Othman  telah membawa hadirin agar sama-sama berfikir dan menginsafi bahawa tugas untuk membina dan mempertahankan ummah adalah tanggungjawab semua tanpa terkecuali.
 





No comments:

Post a Comment